Elearning- Meneka Dan Melihat Perbezaan Matawang Di Seluruh Negara
20 April 2024 | Aktiviti TerkiniPada 19/04/2024 bersamaan dengan hari jumaat, Pihak NADI Piasau Utara telah mengadakan kelas Elearning kepada para pelajar. Untuk sesi ini pengajar NADI mengajar mereka mencari dan meneka wang-wang yang terdapat diseluruh negara. Pada permulaan kelas, pelajar diberi penjelasan tentang matawang yang terdapat di dunia dan juga sejarah terbentuknya penghasilan wang.
Kelas ini bertujuan agar, para pelajar dapat mengenali matawang yang terdapat di dunia dan juga menilai matawang mana yang kadar nilai nya tinggi dan rendah.
Pada sesi ini, pelajar dapat menimba pengalaman yang baru terlebih kepada para pelajar yang belum pernah melihat matawang dunia dan juga melihat keunikan yang terdapat pada matawang tersebut. Kelas ini bermula pada jam 2 petang sehingga jam 3 petang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: